Seorang guru j-QAF yang berkhidmat di SK Temalir, Kuala Krai, Kelantan. Anak jati Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan ini merupakan anak ke 5 dari 6 orang adik beradik. Mula bertugas di SK Temalir bermula tahun 2007. Lulusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini dilahirkan pada 19 Februari 1983. Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman Dengan Kepujian merupakan lulusan tertinggi saya. Selepas tamat pengajian di USIM terus ditawarkan mengikuti Diploma Pendidikan KPLI j-QAF di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu bermula Januari 2007 hingga Jun 2008.
PULAU PINANG 10 Nov. — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menemui kertas mentera mempunyai kalimah Allah dan cebisan al-Quran di empat tokong Cina yang disyaki menjalankan amalan pemujaan dan nombor ramalan.
Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP, Azmah Abdullah berkata, operasi dari 9 pagi hingga 3 petang itu dijalankan berdasarkan maklumat orang awam.
"Kami menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan bagi memastikan tiada orang Islam yang terlibat dengan unsur-unsur pemujaan dan amalan syirik yang bertentangan dengan akidah.
"Dalam operasi ini kami telah temui kertas doa mentera dengan tulisan jawi dan mempunyai kalimah Allah, juga terdapat cebisan al-Quran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR – Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.
Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59).
Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.
Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.
Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.
Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.
KUALA LUMPUR - Perang saraf menjelang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia malam ini terus hangat dan memuncak dengan B. Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan saling menuding jari kepada lawan untuk mengelak daripada dilabel pasukan pilihan pada anak buah masing-masing.
Jauh di hati kecil mereka sebenarnya tersimpan keazaman tinggi untuk membaharui sejarah pasukan masing-masing; Kelantan mahu mengatasi pencapaian naib juara Piala Malaysia 1970 dan Negeri Sembilan cuba menambah koleksi kemegahan di samping Piala HMS-Malaya 1948.
Walau apa pun, inilah kemuncak atau penentuan segala-galanya dalam Liga Malaysia musim 2009 apatah lagi masing-masing belum sempat menikmati sebarang gelaran setelah Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super menjadi milik Selangor.
Menilai rekod pertemuan musim ini, Rezal Zambery Yahya dan Waghihnyo ternyata lebih menonjol malah memiliki kekuatan seimbang di segenap bahagian sedangkan Gu Indra Putra Mahayuddin agak mudah goyah jika diasak bertalu-talu dan kadangkala seperti bertindak secara individu.
Demi mengurangkan tekanan pasukan malah mengelak daripada termakan 'cakap besar' sendiri, kedua-dua jurulatih Kelantan dan Negeri Sembilan ini bagaimanapun hanya memilih jalan selamat dan cukup berhati-hati dengan kenyataan mereka pada sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Ketika ramalan bergelar juara begitu popular terarah ke Kelantan, Sathianathan bingkas menyangkalnya dengan mengingatkan bahawa rekod empat pertemuan mereka musim ini, lebih menyebelahi Si Rusa malah ramai yang tidak memberikan harapan kepada anak buahnya sebelum ini.
"Tiba-tiba sahaja kami dijadikan pilihan bergelar juara. Dulu ada yang tidak berikan harapan langsung pun. Saya sendiri tidak menganggap Kelantan pilihan kerana dengan 10 perlawanan tanpa kalah dan tiga kali menang dengan kami, siapa yang lebih berhak?"
Apabila diajukan dengan rekod tanpa kalah sepanjang 10 perlawanan Piala Malaysia yang mampu mewajarkan label pilihan buat Negeri Sembilan, Wan Jamak pula menjawab: "Setiap perlawanan berbeza rentak dan suasana persaingannya. Keputusan lalu sudah tidak bermakna.
"Kami lebih senang sebagai bukan pilihan. Media pun banyak yang memilih Kelantan. Biarlah begitu kerana jika tertekan dengan label itu, pemain akan cenderung untuk membuat kesilapan yang tidak sepatutnya."
Kedua-dua pengendali pasukan ini juga sekadar sependapat bahawa anak buah masing-masing perlu dan ingin menang selain mendakwa sudah cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk keadaan cuaca dan padang serta sekiranya perlawanan diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti.
Sebagai rekod, Kelantan dihampakan Selangor hanya menerusi kegagalan sepakan penentuan penalti oleh Indra Putra pada perlawanan akhir Piala FA April lalu setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 termasuk selepas masa tambahan di gelanggang berkenaan.
Sathianathan bagaimanapun berkata, kejayaan memenangi penentuan jika diheret ke 120 minit itu masih tertakluk kepada keadaan diri pemain dan suasana semasa dan sekitarnya walau sepesat mana pun latihan mengambil penalti dijalankan sebelumnya.
"Kelantan dan lawan pasti bersedia dengan apa sahaja dalam perlawanan akhir ini malah Kelantan sudah bersedia sejak suku akhir Piala Malaysia lagi namun bagi saya, penalti banyak bergantung kepada keberanian pemain yang mengambilnya dan berdepan 85,000 penonton di sekeliling," katanya.
Kata Wan Jamak pula: "Kelantan mungkin memiliki seorang 'Pemain Paling Bernilai' (Indra Putra, pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan) tetapi perlu diingat bola sepak ialah permainan 11 orang. Ia juga terserah kepada kepintaran pemain menyesuaikan diri dengan apa juga keadaan yang mendatang."
Sementara itu, Indra Putra yang juga ketua pasukan Wira Merah mengakui, dia sudah melontar jauh-jauh memori pahit perlawanan akhir Piala FA itu malah yakin dapat menunaikan tanggungjawab yang sama jika ia masih berulang kali ini di depan 'Lautan Merah' penyokong mereka di Bukit Jalil.
"Saya sudah lupakan semua itu. Setakat ini selepas perlawanan akhir tersebut, saya tidak lagi mensia-siakannya tetapi saya amat berharap kalau dapat mengelak daripada diheret ke penentuan itu sekali gus menghabiskan perlawanan dalam tempoh 90 minit sahaja," katanya.
Rezal, ketua pasukan Negeri Sembilan pula mengidam satu lagi gelaran untuk dibanggakan dalam kariernya selepas membantu Johor menjulang Piala FA 1998 dengan menewaskan Sabah 1-0 sekali gus menebus kehampaan bersama Si Rusa yang ditewaskan Perlis 1-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2006.
dari semalam sehinggalah hari ni hujan turun tak berhenti2...air dh mula naik sana-sini..maklumlah bulan november dh menjengah...musim tengkujuh dh tiba.. hujan2 macam ni tido kan best..hihi... pagi tadi bangun pn dlm pkul 8.30 pagi lepas tidur balik after solat subuh...3 hari minggu ni dapat cuti so ape lagi manfaatlah cuti dengan sebaik2nye...hihi
minggu ni org dok sibuk nak naik kl pi tengok bola akhir antara kelantan dn negeri sembilan.ada la jgk yg ajak aku tapi malas la nak pi..budget xde.maklumla gaji lambat ag...separuh pokai dh.hihi... semalam balik lewat dh dlm pkul 7 malam...sebaik ambik syg kat asrama terus bertolak balik..dlm perjalanan memang hujan turun ngan lebatnye.terpaksalah bawa slow2 kete..dlm perjalanan ke pkln chepa singgah jap kat nirwana maju..nak cari cincin 'olok2'..yg syg jumpa yg aku pnya x dde..tangan besar sgt..hahha...bkn pe mak aku nak contoh cincin syg...insyaallah kami akan bertunang 18 disember 2009 ni.awal muharamla katakan...
lpas tu kami singgah jap makan kat marrybrown pkln chepa sebelum hantar syg balik rumah...lpas jmpa mama n adik aku terus bertolak balik...nak dijadikan cerita jalan plk jem, maklumla hujankan.smpai2 kat umah dlm pkul 7...letrik plk xde...nasib baik kejap je...lpas solat n mandi bukak internet sambil tgk tv...hjan turun lebat lagi, sampaikan astro aku pn x kuar gambar...not available...biasala astro hjn2 ni...masalah la...tension pnya tutup tv terus masuk bilik tido..pe lagi...kroooh la seawal jam 10 malam..hihi
salam semua jmpa lagi...lm x entry cite kat blog ni...bz sikit maklumla hujung2 tahun nikan... malam ni aku nak kongsi ngan korang saat2 indah kawan aku masa diijabkabulkan lepas raya baru2 ni...mat yi @ wan nazri wan awang...
nilah permaisuri hidup mat yie...semoga berkekalan ke akhir hayat... insyaallah
Cantik, lawa, comel, anggun, jelita,.. semuanya begitu sinonim dengan wanita.
walaupun terdapat maksud yang lebih spesifik kepada perkataan² di atas, tetapi ia terarah kepada satu perkara 'cantik'. dan semestinya ungkapan 'cantik' ini merujuk kepada wanita. Lelaki kalau cantik, namanya mak nyah..ha3.Sukar sebenarnya untuk aku terangkan secara detail.Tetapi rasanya tidak ada masalah untuk mengenal samada cantik atau tidak.
Mungkin ada yang akan mengatakan cantik itu berbeza dari orang yang berbeza. Oleh itu, untuk mengelakkan ada yang berkata begitu, cantik untuk post aku ini adalah cantik bagi kebanyakan orang melihat mestilah terutamanya lelaki.:)
Ini adalah contoh cantik dari pandangan aku dan juga lelaki-lelaki di luar sana ( ah, jangan tipu la kalau korang kata gambar ni tak cantik.ha3).(gambar ambil kat google)
Persoalannya..
Adakah 'cantik' itu penting.?
Pada zaman sekarang, 'cantik' adalah antara perkara yang penting bagi seorang wanita.
Pentingnya kecantikan wanita itu sama seperti pentingnya duit bagi seorang lelaki.
Itu memang tidak dapat disangkal lagi. Kerana memang ada bukti dan huraian yang mengatakan perempuan cantik akan dapat banyak kelebihan berbanding perempuan yang 'kurang cantik'.Lihatlah sekeliling anda, perempuan cantik begitu senang untuk mendapat perhatian berbanding perempuan yang kurang cantik.
Kalau aku sudah buat penyataan seperti di atas, kenapa aku bangkitkan pula isu, Penting ke Cantik.?
Selepas anda baca ini, anda akan faham kenapa aku buat entri ini.
(berita sumber hmetro )
Kejutan Gila Hari Jadi
“Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.
isteri kantoi curang
“Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.
Tidak lama kemudian, keluar pula dalam akhbar kosmo.
Isteri enggan mengaku khalwat
Seorang pegawai Imigresen wanita yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat pada hari lahirnya bersama seorang lelaki berketurunan Cina di sebuah hotel minggu lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Harlina Harun, 33, yang bertugas di Pejabat Imigresen Sungai Petani,
Sekali pandang, memang tidak dapat disangkal, perempuan ini memang cantik. Ya, aku melihatnya sebagai seorang yang cantik.
Tetapi itulah hakikat yang berlaku dalam zaman serba moden ini. Cantik atau tidak bukanlah jaminan berperangai baik.
Pada pandangan aku, cantik itu memang penting sungguh aku tidak tipu kerana aku juga pertama kali akan melihat kepada kecantikan. Dan aku rasa begitu juga dengan kebanyakan lelaki lain di luar sana. Memang sudah lumrah lelaki akan melihat kepada kecantikan seseorang wanita. Mungkin hanya sedikit lelaki melihat perempuan dari sudut lain.
Tetapi.
Tidak ada gunanya cantik jika perangai mengalahkan binatang.
isteri kantoi curang
Dan
Lagilah tidak berguna kalau sudahlah tidak cantik, perangai juga mengalahkan binatang.
p/s: Entri ini juga bermaksud kepada orang lelaki. Dan untuk entri ini, untuk menjadikannya lelaki, anda tukar sahaja perkataan cantik kepada hensem (atau pape yang berkaitan )dan kes merujuk kepada lelaki yang curang.
p/s/s: Lelaki lebih ramai yang curang berbanding perempuan. Itu adalah realitinya. Manakala kes perempuan curang menunjukkan trend yang semakin meningkat.
Ingin bersaing mungkin..
Bodoh betul orang yang curang ni..
1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!
2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .
3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!
4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!
8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.
16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..
17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.
20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.
p/s : kesian..kepada kaum hawa di luar sana kasihanilah warga adam yang baik macam kami ni..hehehe..
adusss....baru hari ni dapat coretkan sesuatu kat blog usang razi ni....bukan x nak post entry tapi geram tulla ngan broadband ni....kejap dpt kejap x...tension tul ar...sakit hati pun ada....harapkan bayar mahal2 setiap bulan rm68...line plk meragam...harap pihak celcom ambikla inisiatif agar x memudaratkan kitaorg nih.nak guna broadband tapi x puas hati..terputus2....
salam semua...berjumpa lagi kita...arini x de pe2 yang razi nak kongsikan ngan anda semua just nak ucapkan selamat pengantin baru buat member satu kuliah masa kat USIM dulu... al uyuna md amin....maaf ek uyun, razi x sempat nak pi kenduri awak tempohari...ada hal sikit...pepun semoga berbahagia eks....
Salam semua...berjmpa lagi kita di blog duniaku razi ni...dh lama rasanya razi x update cerita kat blog ni..bukan pe masa tak mengizinkan.hari ni 26 oktober 2009, isnin, razi nak kongsi sedikit cerita yg berlaku kat razi dalam perjalanan balik dr sekolah ptg tadi....betulla kan org kata kemalangan jalanraya ni banyak melibatkan penunggang motosikal...org yg menunggang motosikal la paling byk risiko dapat kemalangan..nak tahu sebab pe sbb penunggang motosikal ni bila dia berada diatas jalanraya diaorg tahu kot yg diaorg paling kecil n peraturan tu x la dititik beratkan sangat.berbalik pda cerita razi ni, ptg tadi bengang tulla ngan 2 buah penunggang motosikal... berlagak n bawak motor bukan macam manusia bawak motor.macam @#$%^.....
masa razi tgh drive sampaila kat area keroh...betapa berlagaknya seorang penunggang motor tu melintas depan razi..nasib baikla razi bawak kereta masa tu x la laju sangat sebb ada kereta depan..motosikal tu meluru melintas ikut kiri n terpancul kat depan sebab nak melintas kereta depan ikut kanan...nasibla x terlanggar dia...nak mati awal ke?masa tu x tahula macam2 perkataan keluar dari mulut ni...dh x boleh sabar ke...kalau ape2 terjadi kan naya....sape yg susah ko ngan motor ko gak susah....
x habis dengan penunggang tu, sampai kat depan sk kg pek tu, depan smk sri intan, ada la 2 org budak sekolah buat gaya mat rempit nak angkat motosikal dia...tgk awek2 depan...berlagakla konon depan awek buat aksi macam tu..gaya lelaki tulen la konon...masa dia nak angkat motosikal dia tu..tetiba kereta aku lalu ikut depan tu..nasib baik x terlanggar dia,,pe lagi aku honkan la...biadab betul..kalau ikut hati macam nak langgar je...biar padan muka... merbahayakan aku je...x ada hormat langsung..
so kepada penunggang motosikal yg lain jadikan cerita ni sebagai iktibar..jangan dok biadab sangat kat jalanraya...jadi ape2 sape susah..korang gak kan?
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala
Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman Dengan Kepujian
Detik Bersejarah Bersama Ibu Tersayang
Bersama Family Tersayang
With My Sis
Konvo IPGM Kampus Kota Bharu
Diploma PendidikaN KPLI j-QAF
Kenangan
Sutera Indah Nilai, Semester Akhir
My Best Friend
Kenangan Terindah
Konvo USIM - Ogos 2006
Bersama Member ku Duan
Konvo j-QAF - November 2008
Aidilfitri 2008
My Family
Anak Saudaraku Syafina n Mak Aku, Pn. Hasnah
Abg Rizaini
Kak Nora, Adik Amir, Adik Azrin n Abg Mi
Kak Roza, Adik Haikal n Abg Erwin
Adikku - Fiza
Anak Sedaraku
Adik Izzati n Adik Syafiq
Syafina n Saezah
With My Best Friend
Abdul Hadi
Faizul
Pally
Juki
Duan
Nasrun
Fazrul
Waktu Solat
Bisikan Nurani
Lautan kematian ombak Tenang pantai tiada terusik Begitulah tasik hatiku Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai Anugerah syurga di dunia Doa kudus aku panjatkan Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri Di dalam hidup ini Cinta suci kurniaan Ilahi
Kejernihan wajahmu Sempurna pada pandanganku Kau kirana Keturunan terpilih Disanjung serta dihormati Kau permata Kesederhanaanmu Mengecap kekayaan dunia Kau mestika Ketaqwaan dirimu Itu yang merantai jiwaku
Bukan aku memuji Apalagi memuja Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi
Bisikan nuraniku Engkaulah pilihanku Akanku pertahankan Amanah suci ini
Nurul Iman
Rindu kekasih yang syahdu nian Bertemankan kau di kamar hati Nurul Iman oh dikau penyeri Kegelapan di kala mencari
Gemersik alunan cinta berputik Mengharap persimpangan idaman hati Memenuhi fitrah insan sejati Keayuan anugerah Illahi
Nama yang terukir dipohonan suci Bernaung sebuah keikhlasan Engkau tersenyum ceria ku Keharuan Dan bersemi cinta selama-lamanya
Dia milik insan yang mendamba Kebahagiaan Sebelum sesudahnya tercapai Impian murni Kekasih hati cinta yang diredhai
Kasih Kekasih
Tak perlu aku ragui Sucinya cinta yang kau beri Kita saling kasih mengasihi Dengan setulus hati
Ayah ibu merestui Menyarung cincin di jari Dengan rahmat dari Ilahi Cinta kita pun bersemi
( korus ) Sebelum diijabkabulkan Syariat tetap membataskan Pelajari ilmu rumahtangga Agar kita lebih bersedia Menuju hari yang bahgia
Kau tahu ku merinduimu Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih Bersabarlah sayang Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan Dengan ikatan pernikahan... oh kasih Di sana kita bina Tugu cinta mahligai bahgia
Semoga cinta kita Di dalam redha Ilahi Berdoalah selalu Moga jodoh berpanjangan
Cebisan Kenangan
ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu tanpa mengeal erti penat jemu igatkah kau lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya ada rahmat yg tersembunyi bertemu berpisah kerana Allah lumrah kehidupan insan beriman moga saat nan indah ku harap berulang lagi
Nur Kasih
Bagaikan permata di celahan kaca Kerdipnya sukar tuk dibezakan Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu Jernih setulus tadahan doaku Rahmati daku dan permintaanku Untuk bertemu di dalam restu
( korus 1 ) Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syurga menanti dia bidadari
( korus 2 ) Kekasih sejati teman yang berbudi Kasihnya bukan keterpaksaan Bukan jua kerana keduniaan/( dunia ) Mekar hidup disiram nur kasih
( doa ) Ya Allah kurniakanlah kami isteri Dan anak yang soleh Sebagai penyejuk mata
( ulang korus1 & korus 2 ) (Mekar hidup ini disirami nur kasih)
Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian Penentu jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta untukku Rela ku menjadi miliknya
( ulang korus1 & korus 2 ) (Mekar disiram nur kasih)
Doa Perpisahan
Pertemuan Kita Di Suatu Hari Menitiskan Ukhwah Yang Sejati Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi Dugaan Yang Menimpa Diri Bersabarlah Di Atas Suratan Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu Dalam Mendidikkan Kesabaranku Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini. Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu Menjadi Ingatan Setiap Waktu Tanda Kemesraan Bersimpul Padu Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
Teman Sejati
* Selama ini ku mencari-cari Teman yang sejati buat menemani Perjuangan suci Bersyukur kini pada illahi Teman yang dicari Selama ini telah ku temui
Kepadamu Allah ku panjangkan doa Agar berkekalan kasih sayang kita Kepadamu teman ku pohon sokongan Pengorbanan dan pergertian Telah ku ungkapkan segala-galanya
(ulangi *)
Teman bersamalah kita Semaikan persahabatan ini Dengarkanlah dan teruskanlah Perjuanganmu, pengorbanan dan kesetiaanmu
(ulangi **)
Kepadamu Allah ku pohon restu Agar lita kekal bersatu Kepadamu teman teruskan Perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan Telah ku ungkapkan segala-galanya Itulah tandanya kejujuran kita